UFO dan makhluk asing Komet Hale–Bopp

Pada November 1996, ahli falak amatur Chuck Shramek (1950–2000) dari Houston, Texas mengambil imej peranti cas terganding (CCD) komet, yang menunjukkan objek berdekatan yang memanjang sedikit dan kabur. Apabila atur cara pemaparan langit pada komputernya tidak mengenal pasti objek itu, Shramek menelefon rancangan Art Bell di saluran radio Coast to Coast AM untuk mengumumkan bahawa beliau menemui "objek seperti Zuhal" yang mengikuti Hale–Bopp. Bagi peminat objek terbang tidak dikenal pasti (UFO) seperti Courtney Brown, beliau membuat kesimpulan bahawa terdapat kapal angkasa makhluk asing yang mengekori komet itu.[53]

Beberapa ahli falak termasuklah Alan Hale[54] mendakwa objek itu hanyalah bintang bermagnitud 8.5, SAO141894, yang tidak muncul pada atur cara komputer Shramek kerana keutamaan penggunanya tidak ditetapkan dengan betul.[55] Kemudian, Art Bell juga mendakwa lagi telah memperoleh satu imej objek itu daripada seorang ahli astrofizik yang tidak dikenali yang akan mengesahkan penemuannya. Bagaimanapun, ahli falak Olivier Hainaut dan David J. Tholen dari Universiti Hawaii menyatakan gambar tersebut hanyalah salinan yang diubah suai daripada salah satu imej komet mereka sendiri.[56]

Beberapa bulan kemudian pada Mac 1997, 39 ahli kultus Heaven's Gate (maksud: Pagar Syurga) melakukan bunuh diri secara beramai-ramai dengan tujuan untuk berteleportasi ke kapal angkasa yang mereka percaya terbang di belakang komet.[57]

Nancy Lieder telah mendakwa bahawa beliau menerima pesanan daripada makhluk asing melalui implan di otaknya, menyatakan bahawa Hale–Bopp merupakan cereka yang direka untuk mengalih perhatian daripada kedatangan "Nibiru" atau "Planet X", suatu planet gergasi yang mana laluannya akan mengganggu putaran Bumi, lalu menyebabkan bencana sejagat.[58] Walaupun tarikh asal Lieder untuk kejadian itu iaitu pada Mei 2003 berlalu tanpa insiden, ramalan yang pasti akan kedatangan Nibiru diteruskan oleh tapak-tapak web konspirasi, kebanyakkannya terikat kepada fenomena 2012.[59]

Rujukan

WikiPedia: Komet Hale–Bopp http://www.cometography.com/lcomets/1995o1.html http://science.nationalgeographic.com/science/spac... http://www.nature.com/nature/journal/v380/n6570/ab... http://one.revver.com/watch/90657/flv/affiliate/14... http://www.sciam.com/article.cfm?id=the-trail-of-h... http://www.shadowandsubstance.com/Past%20graphics/... http://www.springerlink.com/content/h72381014307x6... http://www.springerlink.com/content/pr2756540kx944... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9...